Wednesday 22 February 2012

sekadar cebisan bingkisan hati ku...

salam ketika aku menulis blog nie, baru pukul 5.33pagi, tika nie aku berada dalam keadaan kesakitan sgt2 tapi ku gagahi jua, untuk menulis blog nie demi melawan sakitku nie, tepat jam 12malam aku tersedar dari tidur, subahanallah sakitnya kanser ku ini, terasa seperti perutku dihiris2 dgn pisau, YA Allah pedih Ya Allah, aku mgerang kesakitan, xtertahanku rasa kesakitan ini, ayah ku bgn dari tidurnya, dgn pantas dia memujukku tidur ku kembali, " pedih yah, kataku, terus dia mgurut belakang badanku, dan memujukku tidur, tulah kebiasaan ayah, tiap kali ku sakit dia akan pastikan aku tidur, dia akan memicitku tanpa erti penat dan mgeluh, Ya Allah baiknya Ayah, aku selalu berdoa, Allah tempatkanlah ayah disyurga, dia seorang ayah yg baik, terlalu baik,...lama kelamaan ku tidur kembali...

pukul 2.00pagi aku didduga lg, kali nie sakitnya lg hebat dari td, emak pulak bgn memujuk, diam ya jgn ngis, letak ubat ya, kemudian abg pulak bgn, memicitku, sampai ku tertido, Ya Allah baiknya mereka semua, tempatkan emak dan abg di syurga ya YA ALLAH,mereka terlalu baik, selalu menolongku didalamku kesakitan yg xtakterhingga...subahnallah...aku diuji Allah tapi aku dikelilinggi org2 yg baik..kemudian ku tertido lg...

pukul 4.40pagi sekali lg aku menagis bagai ank kecil yg meminta susu dari ibunya, YA ALLAH pedihnya perutku, aku meraung2 memanggil " ALLAH sakit ALLAH" berulang2 kali ku meminta meratapi semogo Allah mengurangkan kesakitanku, tapi kesakitan ku semakin hebat, subahanallah, kuatnya ujianmu terhadapku, tiba2 abgku bgn lg, kenapa pedih lg ya? biar abg picit, subahanallah, Allah bg aku pembantu rupanya untuk mgurangkan kesakitan ku terima kasih ALLAH, walaupun aku diuji, tetapi aku dikelilingi org yg baik2. baiknya hati abg, harinie abg demam, tapi dia tetap memicitku,dan memujukku supaya aku tidur, subahanallah...maha suci ALLAH mulianya hati abgku...

pukul 5.33pagi...aku terasa sakit lg tetapi aku pura2 tido, xsampai hati aku tgok abg yg keletihan memicitku, dahlah demam, tapi dia gagahi jua dirinya, abg pun masuk tido, dan aku bgn menulis blog nie, semua org tgh tido...mungkin penat menjagaku sepanjang mlam, aku je xtido...pukul 12 td ku gagahi jua diri ini untuk membuat solat tahjud, memohon Allah memberi aku satu kekuatan dalam menghadapi dugaan sakit kanser perut ini, moga ALLAH melakukan keajaibpan untuk aku sembuh, dan bebas dari kanser seumur hidupku,. Yelah aku kanser GIST ditahap 4, sukar rasanya untuk sembuh kembali,

masih aku teringat tika aku sakit, dan tiba2 terdiam kerana terlalu penat untuk menagis meratapi kesakitan, emak mesti memeriksa nadiku, dia terlalu takut kehilanganku, kdg2 jika aku xbersuara, dia akan menampar2 perlahan dipipiku, kesian emak, dia terlalu takut kehilangan ku, emak terlalu banyak berkoban masanya menjaga ku, masa aku diwad 2bulan lebih, ALLAH menduga emak, emak sakit lutut yg sgt2 sakit, tp dia tetap mnjaga ku dgn baik, terima kasih emak...akak terlalu sygkan emak, moga tempat emak disyurga...emaklah segalanya bg akak,akak ingat lg emak hampir pengsan tika doc memberitahu akak menghidap kanser perut. dan yg paling akak ingat bila doc kata anak puan ditahap 4, iaini tahap yg terakhir, lalui hari2 terakhir dia dgn hari2 yg membahagiakan, subahanallah rasa nk gugur jantung nie, tika doc kata aku hnya mampu untuk seketika waktu cuma, emak dan angah meraung2 tika itu, masih segar diingatanku, kenagan 2tahun lepas, kini sudah 2 tahun aku hidup bersama kanser ku, benar kata org doc bukan tuhan nk menetapkan ajal maut seseorang...

berkat semangatku yg kuat, sokongan family, kawan2 dan paling ku sayangi tunangku, aku begitu kuat mghadapi dugaan ALLAH ini, dgn operation ku yg xberjaya kerana kanserku sudah terlalu besar untuk dibuang, aku kena melalui kimoterapi, rambut panjangku gugur, subahallah, terasa seperti kematian didepan mata je tika itu, aku tidak boleh berjalan kerana kakiku bengkak dan terlalu besar, perutku kuar darah dan mcm2 lg dugaan yg ALLAH duga. tapi kerana semangatku untuk terus sembuh demi family dan tunangku, ku gagahi jua menghadapi semuanya...

masihku ingat tika tunangku, menjagaku diwad, masatu kami belum bertunang, angah ku ckp kalau dia nk tinggalkan aku, familyku faham, cz baik dia tinggalkan aku sekarang dari aku berharap, tapi dia ckp dia tetap akan jaga aku sampai aku sembuh, subahanallah sucinya cintanya, dia selalu cakap cintanya pada aku kerana ALLAH, sebab tu dia xkisah aku xder rambut k tika tu, xboleh berjalan,hnya mgunakan kerusi roda, dia tetap berada disisi. tika aku sakit dia sangup mendukungku menaiki kereta, ketika tu aku dah xboleh berjalan, dia juga bnyak mgeluarkan perbelanjaan untuk perubatan ku. subanallah aku sgt menghargainya YA ALLAH, tmpatkanlah tunangku di syurga, kerana tika ku sakit dan risau tntg masa depanku, dia selalu ckp jgn tkut dia sentiasa ada bersama...tika bersamanya aku selalu mnjadi semakin kuat, YA Allah hebatnya cinta nya keranaMU...dia selalu membayangkan aku akan sembuh, dia kata dia akan berusaha sampai bila2 untuk mgubatiku, YA allah mulianya dia, bnyak tempat dah dia bawa aku pergi berubat tanpa mgenal erti putus asa...mulianya dia. aku selalu ckp kamu nie baik sgt mcm malaikat...dia hnya tersenyum..dan mgatakan ini jua ujian buat dirinya yg ALLAH bagi, so dia perlu sama2 berusaha dan redha kerana dia ikhlas mencintaiku....subanallah...dan xlama lg kami akan berkahwin YA allah moga berkat kesabaran kami, kami bahagia dan dikurniakan zuriat Ya ALLAH, ku tahu KAU tidak zalim dan adil YA ALLAH...kami percaya CINTA keranaMU insyallah akan bahagia hingga kesyurga...

now dah nak masuk subuh, aku dah mula ok, mungkin esok ayah akan membawa ku keklinik, aku bnyak makan ubat yg mahal2 dan mencecah harga belasan ribu,semuanya atas ehsan angahku, ya angahku, dia hanya seorang yg kerja kerajaan, tapi dia sgt baik, dialah seorang kakak, yg sukar tuk ku luahkan kebaikkannya, aku selalu ckp dia ank yg solehah, dan kakak yg baik. tika aku sakit aku selalu msg dia, tika aku rebah dialah yg membakar semangatku, dia selalu memberi kata2 yg membuatkan ku kembali bersemangat tika aku rasa berputus asa untuk hidup. angah akak syg angah sgt2.Ya aLLAH tempatkanlah angahku disyurga bersma keluarganya. dia terlalu baik dan akhlak yg terpuji, dia seperti selalu merasai kesakitan yg ku alami, dialah penyambung nyawaku, kalau tanpa bantuannya mungkin aku xkan hidup lebih lama lg...Angah kata AKAK kena kuat demi ayah dan mak, angah xtahulah kalau akak tiada apa akan jadi dgn mak n ayah, angah takut ayah n mak sakit, tkt diaorg xleh terima kehilangan akak, memang semua tu ajal maut, tp akak kena kuat ya, angah syg akak sgt2, anagh nk akak kuat demi angah, mak ayah, dan adik beradik yg lain, kami semua sygkan akak, SUBANALLAH kata2 tu sgt2 menusuk sanubariku, Ya demi angah, mak ayah, tunang dan keluargaku, aku akan terus melawan sakit kanser ini, biar sampai ketitisan yg terakhir, aku akan tetap sabar dan kuat mghadapi dugaan ALLAH, moga ada hikmah disebaliknya, manalah tahu bak kata tunangku, mungkin syg xbahagia didunia, tapi insyallah syg bahagia disyurga...mungkin tmpat syg disyurga insyallah....

kawan2 doa kan sy masuk syurga ya dan tabah menghadapi ujian ALLAH. now dah azan subuh saya nk solat dah, emak n ayah pun dah bgn...kawan2 doakan ya mereka yang menolong saya tempatnya disyurga...saya akan tetap tabah dan sabar insyallah...asalamuailaikum :)


Wednesday 1 February 2012

kehidupanku sebagai pesakit kanser :(

sukar tuk ku myatakan mcmner perasaanku ketika nie, kesakitan yg ku alami sukar tuk ku meluahkan, sakitnya sakit kanser nie terlalu sakit sgt2, xleh dibayangkan dgn kata2, so bg saper2 yg ada  family yg ada kanser plz...jagalah hati dan perasaannya sebaik mungkin, coz dia dah cukup menderita tuk menanggung sakitnya.or kanser nie xleh rasa tertekan nanti kanser tu akan membiar dgn lebih aktif lg. so biarlah dia berada dalam keadaan gembira dan tenang...

Friday 13 January 2012

ubat2 penyambung nyawaku

Assalamuailaikum pengikut setia blogku, moga kamu semua diredhai Allah dan sentiasa sihat dibawah naunganNYA..Insyallah..pagi nie seperti biasa rutin harian ku, bgn pg, mandi and sarapan, selepas tu aku akan sarapan ubat yg berpuluh2 biji tu, kdg2 tgok ubat tu je dah rasa loya dah tekak ku nie..

ubat pertama yg aku akan maakan ubat dari hospital HKL, nama dia glivex, warna cokelat and sgt besaq pil nie, sebiji sehari, ubat nie berfungsi membunuh sel2 kanser aku yg merebak dalam tubuhku and sel kanser baik pun dia bunuh sekali, glivex nie xmembantu pun mengecutkan kanser, tp dia membantu mgawal kanser dari membiak. harga dia rm9ribu sebulan! tapi alhamdulilah doc membantuku dan ubatku ditaja oleh syarikat NGO, so aku dapat free.

ubat kedua yg membantu ku adlah vitamin B17, aku ambik rawatan nie kat klinik swasta 21 kali enjetion  rm12 ribu! ubat nie ditaja oleh family ku hehe, tp enjition tu sekali je seumur hidup, now aku just kena makan tablet dia, ada 3 jenis tablet and pil dia sgt besaq2. vitamin nie sgt2 membantu ku dari mghadapi penderitaan kanser nie, kini ku semakin lupa tntg bisa bila kena kanser sejak makan ubat nie. thank ALLAH.

ubat ketiga ialah tranfer factor, harga dia rm4500, kakak ku yg beli, dia sgt2 suruh aku cuba ubat nie, kena makan 24biji 1 hari, bersama jus buah2an, kesannya aku xnmpak lg cz baru je makan minggu lepas..

sakit kanser nie memang kena bnyak makan ubat2 tambahan, cz badan dah lemah, ubat2 nie lah yg bantu badan tuk protet sel2 kanser.

semalam aku g berubat trandisional kat ngeri sembilan, kat pekan johol kg tumang. YA allah, sgt2 mencabar nk masuk kg tu sgt2 hulu! nama pun ulu yoh! hehe, masa nk ke rumah pakcik tu terpaksa merentas desa dgn pokok2 tarzan yg bergayut2 tu, terpaksa aku turun ketepikan baru kereta leh lalu, jalan dia pun kecik just 1 keta je leh lalu, so saper cpt dia dpt, if ada keta kat depan kita terpaksa mgundur sepanjag perjalanan, dah lah jalan kecik and gaung amat menakutkan, dan saya berjanji xmau g lg haha.

Saturday 7 January 2012

kisah hidupku sebagai pesakit canser bermula disini....

aku adalah seorang gadis yg boleh dikategori kan sebagai seorng yg cantik, kehidupanku sgt indah dan bahagia, dikelilingi kwn2, dan ramai yg ingin cuba mendekatiku. zaman sek ku aku sgt aktif dan dalam kalangan pelajar yg agak pintar otaknya. masuk sahaja zaman kolej, aku selalu menjadi tumpuan pelajar lelaki dan lec yg masih bujang. Tapi alhamdulilah aku xpenah berbangga dgn kecantikkan yg ALLAH beri, solat aku begitu jaga sekali and batas2 agama memang aku terapkan dalam kehidupan ku seharian.

oleh kerana kecutetan ku, nielah aku disihir, ya mungkin kerana ada org yg dengki dgn aku, tapi zaman serba moden nie, adakah lg benda mcmtu, mcm2 perkara pelik berlaku kat diri aku, sehingga keadaan ku agak nazak ketika itu, aku langsung xboleh makan dan minum...akhirnya ibuku membawa aku ke hospital.

ketika dihospital aku diberitahu ada satu ketulan besar dibahagian perutku, aku perlu dibedah segara atas risiko yg tinggi,dan akhirnya doc tidak berjaya membedahku,kerana canser ku telah merebak kebahagian abdomen and kapilari darah...

tanggal november 2009 aku disahkan menghidapi canser OTOT tahap 4!!! Ya Allah tika tu hanya tuhan je yg tahu betapa pedih dan peritnya perasaanku, ibuku hampir pengsan ketika menerima berita dari doc. berbulan2 aku dihospital sampai aku kehilangan daya upaya untuk berjalan seperti biasa akibat terlalu lama berbaring, genap 2bulan luka operation ku kembali sembuh, aku dilatih bagai anak kecil yg baru mgenal erti berjalan...berlari? aku sudah tidak boleh berlari seumur hidup ku barangkali..!!!

kini sudah jan 2012 dah berapa tahun aku menderita akibat kanser. tak dapat aku nk gambarkan betapa sakitnya org yg menghidap kanser nie, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya.jika aku dibari pilihan, aku lebih rela Allah mgambil nyawaku dari aku menanggung kesakitan akibat kanser nie.

terlalu bnyak alternatif dah family ku buat berubat sana sini, ada yg kata aku terkena buatan org kerana sukakan aku, ada yg kata ada org dengki sebab aku belajar pandai, mcm2 telahan dan andaian dibuat. tiada sorang pun yg mgatakan aku nie kanser, kecuali doctor. aku pun xtahu aku nie sakit apa sebernarnya, buatan orng ke yg myebabkan aku sakit atau pun sakit yg memang Allah beri untuk mendugaku...

now aku semakin menderita, kanser ku menjadi pedih akibat luka di bahagian perut yg nipis, hari2 aku ke klinik swasta mgambil injition petedin, injection yg paling kuat and paling mahal. kdg2 aku selalu terpikir sampai bilakah aku mampu menanggung semua nie, kuatkah aku, redha kah aku? kini semangatku tuk meneruskan hidup semakin rapuh, serapuhnya harapanku tuk berjaya membantu keluarga.kini aku selalu umpamakan diriku seperti mayat hidup yg xbernyawa, yg xder kepentingan hnya myusahkan familyku.

kdg2 aku selalu berdoa moga Allah tariklah nyawaku secepat mungkin, dgn itu familyku mungkin akan lebih bahagia, xder saper yg myusahkan diaorg, ibuku yg sudah uzur, dan ayahku yg selalu sakit. melihat kesakitanku sudah cukup menambahkan beban dibahu mereka...

berdosakah aku dgn berputus asa untuk hidup? sepatutnya aku lebih kuat! ya itu beberapa bulan yg lepas aku kuat, tp sejak asyik sakit je kebelakangan nie, aku dah mula berputus asa untuk hidup...mungkin riwayat kanser tahap 4 nie dah xkan lama hidup.......!!!!

Friday 6 January 2012

saya pesakit canser

Asslamuailaikum...sebernarnya dah lama sgt saya nak buat blog utuk mencerita kan kisah riwayat hidup saya sebagai pesakit canser, tapi cuma saya takder kekuatan je nak berkongsi ngn semua org, tp harinie saya perlu bangkit semula utntuk teruskan hidup saya walaupun saya adalah seorg pesakit canser OTOT tahap 4!! ya! tahap 4! sukarnya tuk saya meluhakan perasaan saya disini, hope semua boleh bg saya semangat tuk saya teruskan hidup saya dgn lebih bersemangat ~_~ ...