Saturday, 7 January 2012

kisah hidupku sebagai pesakit canser bermula disini....

aku adalah seorang gadis yg boleh dikategori kan sebagai seorng yg cantik, kehidupanku sgt indah dan bahagia, dikelilingi kwn2, dan ramai yg ingin cuba mendekatiku. zaman sek ku aku sgt aktif dan dalam kalangan pelajar yg agak pintar otaknya. masuk sahaja zaman kolej, aku selalu menjadi tumpuan pelajar lelaki dan lec yg masih bujang. Tapi alhamdulilah aku xpenah berbangga dgn kecantikkan yg ALLAH beri, solat aku begitu jaga sekali and batas2 agama memang aku terapkan dalam kehidupan ku seharian.

oleh kerana kecutetan ku, nielah aku disihir, ya mungkin kerana ada org yg dengki dgn aku, tapi zaman serba moden nie, adakah lg benda mcmtu, mcm2 perkara pelik berlaku kat diri aku, sehingga keadaan ku agak nazak ketika itu, aku langsung xboleh makan dan minum...akhirnya ibuku membawa aku ke hospital.

ketika dihospital aku diberitahu ada satu ketulan besar dibahagian perutku, aku perlu dibedah segara atas risiko yg tinggi,dan akhirnya doc tidak berjaya membedahku,kerana canser ku telah merebak kebahagian abdomen and kapilari darah...

tanggal november 2009 aku disahkan menghidapi canser OTOT tahap 4!!! Ya Allah tika tu hanya tuhan je yg tahu betapa pedih dan peritnya perasaanku, ibuku hampir pengsan ketika menerima berita dari doc. berbulan2 aku dihospital sampai aku kehilangan daya upaya untuk berjalan seperti biasa akibat terlalu lama berbaring, genap 2bulan luka operation ku kembali sembuh, aku dilatih bagai anak kecil yg baru mgenal erti berjalan...berlari? aku sudah tidak boleh berlari seumur hidup ku barangkali..!!!

kini sudah jan 2012 dah berapa tahun aku menderita akibat kanser. tak dapat aku nk gambarkan betapa sakitnya org yg menghidap kanser nie, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya.jika aku dibari pilihan, aku lebih rela Allah mgambil nyawaku dari aku menanggung kesakitan akibat kanser nie.

terlalu bnyak alternatif dah family ku buat berubat sana sini, ada yg kata aku terkena buatan org kerana sukakan aku, ada yg kata ada org dengki sebab aku belajar pandai, mcm2 telahan dan andaian dibuat. tiada sorang pun yg mgatakan aku nie kanser, kecuali doctor. aku pun xtahu aku nie sakit apa sebernarnya, buatan orng ke yg myebabkan aku sakit atau pun sakit yg memang Allah beri untuk mendugaku...

now aku semakin menderita, kanser ku menjadi pedih akibat luka di bahagian perut yg nipis, hari2 aku ke klinik swasta mgambil injition petedin, injection yg paling kuat and paling mahal. kdg2 aku selalu terpikir sampai bilakah aku mampu menanggung semua nie, kuatkah aku, redha kah aku? kini semangatku tuk meneruskan hidup semakin rapuh, serapuhnya harapanku tuk berjaya membantu keluarga.kini aku selalu umpamakan diriku seperti mayat hidup yg xbernyawa, yg xder kepentingan hnya myusahkan familyku.

kdg2 aku selalu berdoa moga Allah tariklah nyawaku secepat mungkin, dgn itu familyku mungkin akan lebih bahagia, xder saper yg myusahkan diaorg, ibuku yg sudah uzur, dan ayahku yg selalu sakit. melihat kesakitanku sudah cukup menambahkan beban dibahu mereka...

berdosakah aku dgn berputus asa untuk hidup? sepatutnya aku lebih kuat! ya itu beberapa bulan yg lepas aku kuat, tp sejak asyik sakit je kebelakangan nie, aku dah mula berputus asa untuk hidup...mungkin riwayat kanser tahap 4 nie dah xkan lama hidup.......!!!!

3 comments:

  1. assalamualaikum..jangan pernah untuk berputus asa...tiada yang mustahil dalam hidup ini..teruska berusaha dan teruskan semangat untuk menjalani takdir mu...

    ReplyDelete
  2. cerita yang banyak memberi kesedaran...
    huhu, dapat buatkan saya muhasabah diri saya sendiri...
    sesungguhnya nikmat di dunia ini hanyalah seperti sedikit madu di hujung jari...sedapnyer sehingga kita terlupa pada maut yang sentiasa menanti dan kehidupan akhirat yg misteri. saling mendoakan sesama muslim,insyallah, para malaikat akan mendoakan untuk kita pula...
    ~ikhlas dari blogger 'rawatankanser2013',
    pengalaman sebenar dari seorang jururawat pelatih.

    ReplyDelete

thank bg comment ^_^