Friday 13 January 2012

ubat2 penyambung nyawaku

Assalamuailaikum pengikut setia blogku, moga kamu semua diredhai Allah dan sentiasa sihat dibawah naunganNYA..Insyallah..pagi nie seperti biasa rutin harian ku, bgn pg, mandi and sarapan, selepas tu aku akan sarapan ubat yg berpuluh2 biji tu, kdg2 tgok ubat tu je dah rasa loya dah tekak ku nie..

ubat pertama yg aku akan maakan ubat dari hospital HKL, nama dia glivex, warna cokelat and sgt besaq pil nie, sebiji sehari, ubat nie berfungsi membunuh sel2 kanser aku yg merebak dalam tubuhku and sel kanser baik pun dia bunuh sekali, glivex nie xmembantu pun mengecutkan kanser, tp dia membantu mgawal kanser dari membiak. harga dia rm9ribu sebulan! tapi alhamdulilah doc membantuku dan ubatku ditaja oleh syarikat NGO, so aku dapat free.

ubat kedua yg membantu ku adlah vitamin B17, aku ambik rawatan nie kat klinik swasta 21 kali enjetion  rm12 ribu! ubat nie ditaja oleh family ku hehe, tp enjition tu sekali je seumur hidup, now aku just kena makan tablet dia, ada 3 jenis tablet and pil dia sgt besaq2. vitamin nie sgt2 membantu ku dari mghadapi penderitaan kanser nie, kini ku semakin lupa tntg bisa bila kena kanser sejak makan ubat nie. thank ALLAH.

ubat ketiga ialah tranfer factor, harga dia rm4500, kakak ku yg beli, dia sgt2 suruh aku cuba ubat nie, kena makan 24biji 1 hari, bersama jus buah2an, kesannya aku xnmpak lg cz baru je makan minggu lepas..

sakit kanser nie memang kena bnyak makan ubat2 tambahan, cz badan dah lemah, ubat2 nie lah yg bantu badan tuk protet sel2 kanser.

semalam aku g berubat trandisional kat ngeri sembilan, kat pekan johol kg tumang. YA allah, sgt2 mencabar nk masuk kg tu sgt2 hulu! nama pun ulu yoh! hehe, masa nk ke rumah pakcik tu terpaksa merentas desa dgn pokok2 tarzan yg bergayut2 tu, terpaksa aku turun ketepikan baru kereta leh lalu, jalan dia pun kecik just 1 keta je leh lalu, so saper cpt dia dpt, if ada keta kat depan kita terpaksa mgundur sepanjag perjalanan, dah lah jalan kecik and gaung amat menakutkan, dan saya berjanji xmau g lg haha.

Saturday 7 January 2012

kisah hidupku sebagai pesakit canser bermula disini....

aku adalah seorang gadis yg boleh dikategori kan sebagai seorng yg cantik, kehidupanku sgt indah dan bahagia, dikelilingi kwn2, dan ramai yg ingin cuba mendekatiku. zaman sek ku aku sgt aktif dan dalam kalangan pelajar yg agak pintar otaknya. masuk sahaja zaman kolej, aku selalu menjadi tumpuan pelajar lelaki dan lec yg masih bujang. Tapi alhamdulilah aku xpenah berbangga dgn kecantikkan yg ALLAH beri, solat aku begitu jaga sekali and batas2 agama memang aku terapkan dalam kehidupan ku seharian.

oleh kerana kecutetan ku, nielah aku disihir, ya mungkin kerana ada org yg dengki dgn aku, tapi zaman serba moden nie, adakah lg benda mcmtu, mcm2 perkara pelik berlaku kat diri aku, sehingga keadaan ku agak nazak ketika itu, aku langsung xboleh makan dan minum...akhirnya ibuku membawa aku ke hospital.

ketika dihospital aku diberitahu ada satu ketulan besar dibahagian perutku, aku perlu dibedah segara atas risiko yg tinggi,dan akhirnya doc tidak berjaya membedahku,kerana canser ku telah merebak kebahagian abdomen and kapilari darah...

tanggal november 2009 aku disahkan menghidapi canser OTOT tahap 4!!! Ya Allah tika tu hanya tuhan je yg tahu betapa pedih dan peritnya perasaanku, ibuku hampir pengsan ketika menerima berita dari doc. berbulan2 aku dihospital sampai aku kehilangan daya upaya untuk berjalan seperti biasa akibat terlalu lama berbaring, genap 2bulan luka operation ku kembali sembuh, aku dilatih bagai anak kecil yg baru mgenal erti berjalan...berlari? aku sudah tidak boleh berlari seumur hidup ku barangkali..!!!

kini sudah jan 2012 dah berapa tahun aku menderita akibat kanser. tak dapat aku nk gambarkan betapa sakitnya org yg menghidap kanser nie, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya.jika aku dibari pilihan, aku lebih rela Allah mgambil nyawaku dari aku menanggung kesakitan akibat kanser nie.

terlalu bnyak alternatif dah family ku buat berubat sana sini, ada yg kata aku terkena buatan org kerana sukakan aku, ada yg kata ada org dengki sebab aku belajar pandai, mcm2 telahan dan andaian dibuat. tiada sorang pun yg mgatakan aku nie kanser, kecuali doctor. aku pun xtahu aku nie sakit apa sebernarnya, buatan orng ke yg myebabkan aku sakit atau pun sakit yg memang Allah beri untuk mendugaku...

now aku semakin menderita, kanser ku menjadi pedih akibat luka di bahagian perut yg nipis, hari2 aku ke klinik swasta mgambil injition petedin, injection yg paling kuat and paling mahal. kdg2 aku selalu terpikir sampai bilakah aku mampu menanggung semua nie, kuatkah aku, redha kah aku? kini semangatku tuk meneruskan hidup semakin rapuh, serapuhnya harapanku tuk berjaya membantu keluarga.kini aku selalu umpamakan diriku seperti mayat hidup yg xbernyawa, yg xder kepentingan hnya myusahkan familyku.

kdg2 aku selalu berdoa moga Allah tariklah nyawaku secepat mungkin, dgn itu familyku mungkin akan lebih bahagia, xder saper yg myusahkan diaorg, ibuku yg sudah uzur, dan ayahku yg selalu sakit. melihat kesakitanku sudah cukup menambahkan beban dibahu mereka...

berdosakah aku dgn berputus asa untuk hidup? sepatutnya aku lebih kuat! ya itu beberapa bulan yg lepas aku kuat, tp sejak asyik sakit je kebelakangan nie, aku dah mula berputus asa untuk hidup...mungkin riwayat kanser tahap 4 nie dah xkan lama hidup.......!!!!

Friday 6 January 2012

saya pesakit canser

Asslamuailaikum...sebernarnya dah lama sgt saya nak buat blog utuk mencerita kan kisah riwayat hidup saya sebagai pesakit canser, tapi cuma saya takder kekuatan je nak berkongsi ngn semua org, tp harinie saya perlu bangkit semula utntuk teruskan hidup saya walaupun saya adalah seorg pesakit canser OTOT tahap 4!! ya! tahap 4! sukarnya tuk saya meluhakan perasaan saya disini, hope semua boleh bg saya semangat tuk saya teruskan hidup saya dgn lebih bersemangat ~_~ ...